Sejarah pengeluaran Kereta_kebal_T-34

Rekabentuk revolusi

“Kita tidak memiliki yang setanding dengannya.” —Friedrich von Mellenthin (1956)

Pada tahun 1939, model kereta kebal Soviet yang terbanyak merupakan kereta kebal ringan T-26, dan siri kereta kebal BT dalam kereta kebal pantas. T-26 merupakan kereta kebal infantri bergerak perlahan, direka bagi mengekori tentera pejalan kaki. Kereta kebal BT pula merupakan kereta kebal kavalri, kereta kebal ringan yang bergerak pantas, direka bagi bertempur dengan kereta kebal lain dan bukannya dengan tentera pejalan kaki. Kedua-duanya berperisai nipis, tahan kepada senjata ringan tetapi tidak terhadap rifle anti-kereta kebal dan 37 mm meriam anti-kereta kebal, dan enjin berbahan api gasolin (biasa digunakan dalam reka bentuk kereta kebal di seluruh dunia masa itu) cenderung terbakar "dengan sedikit percikan" (Zaloga & Grandsen 1984:111). Kedua-duanya merupakan pembangunan Soviet dari reka bentuk asing sejak awal 1930-an: T-26 berasaskan kereta kebal Vickers 6-Tan British, dan kereta kebal BT berasaskan jurutera kereta kebal Amerika Syarikat, Walter Christie.

Pada tahun 1937, Tentera Merah melantik jurutera Mikhail Koshkin bagi mengetuai pasukan baru bagi mereka pengganti kepada kereta kebal BT di Kilang Kereta Api Kharkiv Komintern ("Kharkiv Komintern Locomotive Plant - KhPZ") di Kharkiv. Kereta kebal prototaip, dinamakan A-20, berciri perisai 20 milimeter (0.8 in), meriam 45 mm (1.8 inci), dan enjin model baru V-2, menggunakan bahan api disel yang sukar terbakar. Ia turut memiliki tayar 8×6 panduan serasi sama seperti 8×2 pada kereta kebal BT, yang membenarkannya berjalan menggunakan tayar tanpa trak berantai (Zheltov 1999). Ciri ini dengan banyaknya mengurangkan penjagaan dan pembaikian bagi trek kereta kebal yang tidak boleh diharap pada awal 1930-an, dan membenarkan kereta kebal bergerak melebihi 85 km/h (53 bs/j) menggunakan jalan, tetapi tanpa kelebihan semasa bertempur. Menjelang itu perekanya menganggap ia membazirkan ruang dan berat (Zaloga & Grandsen 1984:66, 111). A-20 turut menggunakan penyelidikan sebelumnya (projek BT-IS dan BT-SW-2) mengenai perisai cerun: kepingan perisai bercerun sekeliling lebih berkemungkinan melantunkan peluru anti-perisai berbanding perisai bersudut.[2]

A-8 (BT-7M), A-20, T-34 Model 1940 and Model 1941

Koshkin meyakinkan pemimpin Soviet, Joseph Stalin bagi membenarkannya membangunkan prototaip kedua, "kereta kebal sejagat" yang bersenjata dan berperisai lebih berat yang mampu mengantikan kedua-dua kereta kebal T-26 dan kereta kebal BT.[3] Koshkin menamakan prototaip kedua sebagai A-32, selepas menukar perisai hadapan kepada 32 milimeter (1.3 in). Ia turut memiliki meriam kereta kebal F-34 76.2 mm]] (3 inci), dan enjin disel model V-2 yang sama (Zaloga 1994:5). Kedua-duanya diuji bagi ujian lapangan di Kubinka pada tahun 1939, dan A-32 yang lebih berat terbukti mudah bergerak sama seperti A-20. Versi A-32 yang lebih berat dengan perisai hadapan 45 milimeter (1.8 in) dan trek lebih lebar diluluskan bagi pengilangan bersama dengan T-34. Koshkin memilih nama tersebut sempena tahun 1934 ketika dia mula menyusun ideanya mengenai kereta kebal baru, dan sebagai meraikan pengistiharan membesarkan pasukan perisai dan perlantikan Sergo Ordzhonikidze bagi mengetuai pengeluaran kereta kebal (Zaloga 1994:6).

Pasukan Koshkin menyiapkan dua prototaip T-34 pada Januari 1940. Pada April dan Mei, ia melalui pemanduan mencabar sejauh 2,000 kilometer (1,250 batu) dari Kharkiv ke Moscow bagi pertunjukan kepada pemimpin Kremlin, ke Garis Mannerheim di Finland, dan balik kembali ke Kharkiv melalui Minsk dan Kiev (Zaloga 1994:6). Sedikit masalah pemanduan dan trek dikenalpasti lalu diperbetulkan. (Zaloga & Grandsen 1983:6). Halangan dari pemimpin tentera dan kerisauan mengenai kos pengeluaran yang tinggi akhirnya diatasi oleh kebimbangan mengenai prestasi buruk kereta kebal Soviet dalam Finland dan keberkesanan Blitzkrieg Jerman di Perancis, dan penghasilan kereta kebal pertama disiapkan pada September 1940, menggantikan sepenuhnya pengeluaran kereta kebal T-26, BT, dan kereta kebal T-28 pelbagai turet di KhPZ. Koshkin meninggal akibat pneumonia pada akhir bulan (diterukkan oleh pemanduan dari Kharkov ke Moscow), dan pembangun "drivetrain" T-34, Alexander Morozov, dilantik sebagai Ketua Perekabentuk.

Kereta kebal T-34 memiliki gegelung spring gantungan Christie dari BT, tetapi menyingkirkan pemandu boleh ubah yang berat dan kurang berkesan. Ia memiliki perisai cerun yang baik, enjin yang agak berkuasa dan trek yang lebar. Versi awal mempunyai meriam 76.2 mm, dan sering kali digelar T-34/76 (asalnya nama Jerman semasa Perang Dunia II). Pada tahun 1944 versi utama kedua mula dihasilkan, T-34-85 (atau T-34/85), dengan turet lebih besar dilengkapi meriam 85 mm yang lebih besar.

Pembinaan dan penerusan pengeluaran

Model T-34 1940 boleh dikenali melalui laras gantungan rendah meriam L-11, di bawah bonjolan pada tenggekan meriam yang memuatkan mekanisma anjalan. Ini adalah kenderaan pra-pengeluaran prototaip kenderaan A-34 dengan bahagian hadapan sekeping yang rumit.

T-34 merupakan satu cabaran kepada pengilangan Soviet. Ia memiliki perisai lebih berat berbanding sebarang kereta kebal sederhana yang dikeluarkan sebelumnya sehingga tempoh itu, dan pemasangan and pemasangan-kecil dari beberapa kilang: "Kharkov Diesel Factory No. 75" membekalkan enjin model V-2, Leningrad "Kilang Kirovsky" (dahulunya Putilov Works) menghasilkan meriam L-11 asal, dan Kilang Dinamo di Moskow menghasilkan komponen eletrik. Kereta kebal pada awalnya di bina di KhPZ No. 183, pada awal 1941 di "Kilang Traktor Stalingrad ("Stalingrad Tractor Factory - STZ"), dan bermula pada Julai tidak lama selepas penjajahan Jerman di "Krasnoye Sormovo Factory No. 112" di Gorky. Bagaimanapun terdapat masalah kecacatan dengan kepingan perisai (Zaloga 1983:6). Akibat kekurangan enjin disel V-2 yang baru, pengeluaran awal dari kilang Gorky dibekalkan dengan enjin kapal terbang MT-17 yang menggunakan gasolin bagi kereta kebal BT, dan mekanisma transmisi dan klac lemah (Zheltov 2001:40–42). Hanya kereta kebal komander kompeni dipasang dengan radio, kerana ianya mahal dan tidak mencukupi. Meriam L-11 tidak memenuhi jangkaan awal, dengan itu biro reka bentuk Grabin di Gorky Factory No. 92 mereka bentuk meriam kereta kebal F-34 76.2 mm yang lebih baik. Walaupun tidak diluluskan oleh birokrat, tetapi Gorky dan KhPZ tetap memulakan penghasilan meriam; kelulusan rasmi hanya datang dari Majlis Pertahanan Negara USSR Stalin selepas tentera di lapangan menghantar pujian bagi prestasi meriam tersebut (Zaloga & Grandsen 1984:130).

Tekanan politik datangnya dari unsur konservatif dalam tentera bagi menyalur sumber bagi membina kereta kebal T-26 dan BT lama, atau membatalkan pengeluaran kereta kebal T-34 sementara menunggu reka bentuk T-34M yang lebih maju disiapkan. Tekanan politik ini diberikan oleh pembangun KV-1 dan kereta kebal IS-2 yang bersaing dengan T-34. (Tekanan politik antara pereka dan kilang yang menghasilkan jenis kereta kebal berlainan bagi memenuhi keperluan yang sama berterusan selepas perang, termasuk dalam tempoh apabila T-55, T-64, T-72, dan T-80 telah dihasilkan secara serentak di beberapa kilang dengan sokongan dari ahli politik berlainan semasa majlis agung USSR [Sewell 1998].) Serangan mengejut Nazi Jerman terhadap Soviet Union pada 22 Jun 1941 (Operasi Barbarossa) memaksa Soviet Union membekukan pembangunan lanjut dan bertukar kepada pengeluaran kereta kebal sepenuhnya.

Kemaraan pantas tentera Jerman memaksa kilang kereta kebal diundurkan ke pergunungan Ural, satu tugasan yang tidak pernah dilakukan pada skala sebesar itu dan dalam keadaan tergesa-gesa. KhPZ dibina kembali sekitar Dzherzhinski Ural Railcar Factory di Nizhny Tagil, dan dinamakan semula sebagai Stalin Ural Tank Factory No. 183. Kilang Kirovsky diundurkan hanya beberapa minggu sebelum Leningrad dikepung, dan berpindah bersama Kilang Disel Kharkov ke Stalin Tractor Factory di Chelyabinsk, yang kemudiannya digelar Tankograd ('Bandar Kereta Kebal'). Voroshilov Tank Factory No. 174 dari Leningrad diserap kepada Kilang Ural dan Omsk Factory No. 174 yang baru. Kerja Perkakasan Mesin Berat Ordzhonikidze Ural (“Ordzhonikidze Ural Heavy Machine Tool Works”) (UZTM) di Sverdlovsk menyerap beberapa kilang kecil. Ketika kilang-kilang ini dipindahkan dengan pantas, kompleks industri sekeliling Kilang Traktor Stalingrad menghasilkan empat puluh peratus dari kesemua T-34s (Zaloga & Grandsen 1983:13). Ketika kilang dikelilingi dengan perperangan sengit semasa Pertempuran Stalingrad, keadaan di situ menjadi gentir: inovasi pengilangan dipaksa oleh kekurangan bahan, dan kisah menegaskan bahawa kereta kebal T-34 yang tidak dicat dipandu keluar dari kilang ke medan pertempuran sekelilingnya (Zaloga & Sarson 1994:23). Stalingrad mengekalkan pengeluaran sehingga September 1942.

T-34 Model V-2 enjin diesel 12-silender, di Muzium Kereta Kebal Finnish di Parola

Pereka kereta kebal Soviet tahu akan kepincangan dalam rekaan kereta kebal ini, tetapi kebanyakan cadangan penyelesaian melambatkan kadar pengeluaran lalu diabaikan. Satu-satunya perubahan yang dibenarkan pada garis pengeluaran adalah bagi menjadikan kereta kebal lebih mudah dan murah bagi dihasilkan. Kaedah baru dibangunkan bagi mengimpal secara automatik dan mengukuhkan kepingan perisai, termasuk ciptaan oleh Professor Evgeny Paton. [4] Reka bentuk meriam F-34 Model 1941 76.2 mm dikurangkan dari 861 pada model awal kepada hanya 614 bahagian (Zaloga & Grandsen 1984:131). Menjelang dua tahun pengeluaran, kos pengeluaran kereta kebal dikurangkan dari 269,500 ruble pada 1941, kepada 193,000, dan kemudian pada 135,000 (Zaloga & Grandsen 1984:131). Tempoh pengeluaran dikurangkan separuh menjelang akhir 1942, sungguhpun pekerja kilang berpengalaman telah dihantar ke medan tempur dan digantikan dengan tenaga kerja yang termasuk 50% wanita, 15% kanak-kanak lelaki dan 15% cacat dan orang tua. Pada masa yang sama T-34, yang merupakan "mesin yang dibina dengan cantik dengan kemasan luaran bagus setanding atau lebih baik berbanding di Eropah Barat atau Amerika" disiapkan dengan kasar, tetapi tiada kecacatan mengenai ketahanan mekanikal (Zaloga & Grandsen 1983:17).

Rujukan

WikiPedia: Kereta_kebal_T-34 http://www.achtungpanzer.com/t34.htm http://www.missing-lynx.com/articles/russia/rpt34/... http://www.wwiivehicles.com/ussr/tanks-medium/t-34... http://www.wwiivehicles.com/ussr/tanks-medium/t-34... http://digital.library.unt.edu/ http://digital.library.unt.edu/permalink/meta-dc-1... http://www.knox.army.mil/center/ocoa/ArmorMag/ja98... http://web.archive.org/20010423204154/www.geocitie... http://www.battlefield.ru/index.php?option=com_con... http://www.battlefield.ru/index.php?option=com_con...